BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

mengenang dosaku yang dahulu


Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan


Penyajak juga menggunakan seluruh
pancainderanya untuk memohon
keampunan sebelum dia meninggal
dunia pada masa yang telah
ditentukan oleh Tuhan

Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian
mengikuti.


Dengan bersaksikan air mata
dan keikhlasan diri sebagai bukti,
penyajak akhirnya bersujud
untuk melafazkan taubat dalam
suasana yang sepi.

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.


Penyajak berasa sedih amat
dan jiwanya yang tersentuh
dengan lafaz-lafaz cinta yang
disusun rapi ketika dia
memohon keampunan daripada
Pencipta dengan perasaan
yang berdebar-debar.

Ungkapan doa pada yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.


Penyajak juga melafazkan doa
kepada Yang Maha Esa agar
mengizinkannya menjadi insan
yang sentiasa taat kepada
perintah-Nya. Penyajak juga
menaruh harapan agar dia
tidak lupa bahawa dunia ini
tidak kekal abadi selamanya.

(Mohd Haikal Aminuddin
Antologi Sejadah Rindu
Sasbadi Sdn Bhd)
Free download pdf