BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

LATIHAN 5(i): SAJAK: SEJADAH RINDU


(i) Nyatakan hasrat penyajak berdasarkan sajak tersebut. [2 markah]
Hasrat penyajak ialah mengharapkan agar Tuhan memberikan pengampunan
dan mengizinkannya menjadi manusia yang taat kepada-Nya.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga hubungan dengan
Tuhan? [3markah]
Kita perlu menjaga hubungan dengan Tuhan kerana Tuhan merupakan
pencipta alam semesta dan Tuhan merupakan tonggak kepada ketaatan
dalam beragama.

(iii) Huraikan persoalan yang cuba diketengahkan oleh penyajak dalam sajak ini.
[4 markah]
Persoalan yang diketengahkan ialah keinsafan terhadap dosa-dosa yang lalu.
Contohnya, penyajak rasa insaf dengan kesalahan yang pernah dilakukannya.
Seterusnya persoalan kesungguhan dalam bertaubat iaitu penyajak benar-
benar bertaubat sehingga mengalirkan air mata.

LATIHAN 5(ii): SAJAK: SEJADAH RINDU


(i) Berdasarkan rangkap yang terakhir, apakah janji penyajak terhadapTuhan?
[2 markah]
Berdasarkan rangkap terakhir, penyajak berjanji akan taat dengan dengan
Pencipta dan sentiasa sedar bahawa dunia ini hanya sementara.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah hal-hal bercorak keagamaan sering
dilakukan oleh warga tua berbanding dengan warga muda? [3markah]
Hal-hal bercorak keagamaan lebih banyak dilakukan oleh warga tua kerana
mereka mempunyai lebih masa berbanding orang muda yang sibuk bekerja
dan melebihkan hiburan. Seterusnya, warga tua mula mempunyai kesedaran
dalam mentaati agama kerana usia yang semakin meningkat.
Free download pdf