BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

LATIHAN 6: SAJAK


(iii) Huraikan tema yang cuba disampaikan oleh penyajak dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Sajak ini bertemakan ketuhanan serta ketaatan kepada agama. Penyajak
insaf akan dosa-dosa yang dilakukannya dan memohon keampunan kepada
Tuhan. Penyajak bertaubat bersungguh-sungguh sebelum meninggal dunia
kerana sedar bahawa dunia ini hanya sementara.

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI^


SAJAK MAKSUD


Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Penyajak sering dihimbau oleh nasib
malang yang mengongkongi
hidupnya dan tidak pernah berubah.
Tiada sesiapa yang datang
menziarahinya. Keluhan daripada
seorang insan tua yang kesunyian

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Kebahagiaan hidup yang diimpikan
oleh penyajak hanya angan-angan
sahaja sehingga penghujung
hidupnya. Anak-anak kandungnya
sendiri sudah melupai dan tidak
sanggup untuk menjaganya. Anak-
anaknya juga saling menolak untuk
menjaganya. Penyajak mencari
kehidupannya sendiri dan
menanggung penderitaan hidup
tanpa ada tempat bergantung
yangkukuh.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku

Penyajak menganggap dirinya tidak
dihargai dan diperlukan lagi
walaupun mereka merupakan anak
Free download pdf