BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KUDUP PERANG


Oleh: Tuah Sujana^
SELOKA MAKSUD
Sementara dia bergelar panglima (1)
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman-sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?


Penyajak menggambarkan seorang
panglima perang yang zalim dan
sering berdendam. Penyajak juga
berterima kasih kerana masih boleh
menyelidik perkara lampau
walaupun dalam keadaan
terkongkong sambil mempersoalkan
orang yang dikatakan sebagai
pahlawan yang sebenar.

Memang kita tidak sempat menjenguk
(2)
ke luar jendela; sewaktu fajar
menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara- perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Penyajak tidak sempat untuk mengkaji
sejarah tentang peristiwa pertumpahan
darah masa lampau. Masyarakat sering
tertanya-tanya tentang individu yang
telah membunuh orang yang sanggup
melakukan pendustaan.

Andai namamu Tuah, kita masih
(3)
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina

Penyajak tidak berasakan Hang
Tuah merupakan pejuang yang
paling gagah kerana kesetiaannya
kepada sultan tidak menjamin
kedudukan dirinya apabila difitnah

LATIHAN 7: SAJAK

Free download pdf