BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

LATIHAN 7(i): SAJAK: KUDUP PERANG


(i) Berdasarkan rangkap 3 dan 4 sajak tersebut, nyatakan satu sebab Tuah tidak
boleh digelar sebagai pendekar dan satu sebab Jebat tidak boleh digelar
sebagai pengkhianat. [2markah]
Tuah tidak boleh digelar sebagai pendekar kerana kesetiaannya tidak
berbelah bahagi terhadap istana menyebabkan Tuah mungkin tidak akan
berlaku adil walaupun ada fitnah. Jebat pula tidak boleh digelar pengkhianat
kerana Jebat diingati sebagai orang yang mempertahankan keadilan dan
dianggap suci.

(ii) (^) Pemimpin merupakan golongan yang sangat berkuasa dan berpengaruh
dalam sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang
pemimpin untuk memastikan keamanan negaranya. [3 markah]
Antara ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin ialah beliau perlulah
mempunyai sikap yang adil agar tidak membuat keputusan berat sebelah dan
akan pertahankan kebenaran. Selain itu, seorang pemimpin perlulah
mempunyai sikap yang berani mempertahankan hak rakyat.
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah kita mestilah bersikap
berani untuk mencari jawapan betul sebelum kita membuat keputusan.
Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah sedar bahawa peperangan dan
perbalahan tidak akan mendatangkan keuntungan dan kebaikan.
LATIHAN 7(ii): SAJAK: KUDUP PERANG
(i) Apakah maksud yang cuba disampaikan oleh penyajak dalam rangkap 5?
[2 markah]
Maksud rangkap tersebut adalah tipu muslihat dalam peperangan yang
menyebabkan kebenaran tidak dapat ditegakkan. Manusia pula perlu
membina kehidupan mereka semula akibat peperangan.
(ii) Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh membantu mewujudkan
keamanan dalam sesebuah negara? [3 markah]
Sebagai seorang pelajar, saya boleh mewujudkan keamanan dalam sesebuah
negara dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara, sentiasa menjaga
perpaduan antara kaum dan tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak
baik.

Free download pdf