BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

BENTUK SOALAN YANG DIUJI


Soalan 3(a): (6 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN


SOALAN 3(a): BAHAGIAN MORFOLOGI


  1. Bentuk soalan yang diujiialah:
    a) Membina satu ayat daripada setiap perkataan
    b) Membina satu ayat daripada setiap perkataan dalam pasangan perkataan
    c) Membina dua ayat daripada setiap perkataan yang diberikan

  2. Ayat yang dibina mestilah gramatis dan lengkap dari segi subjek dan predikat.

  3. Ayat tersebut mestilah menggambarkan pemahaman maksud dan penggunaan
    perkataan yang diuji.

  4. Ayat yang dibina mestilah satu ayat lengkap dan tidak boleh terlalu panjang
    hingga menjadikan ayat tersebut seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih.

  5. Calon boleh menggunakan struktur ayat cakap ajuk dengan mematuhi tanda
    bacanya.

  6. Calon tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
    menggunakan perkataan yang diuji itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tiada
    markah (0 markah) diberikan jika calon berbuat demikian.
    Perhatian bagi soalan 3(a)

  7. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.

  8. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada
    keseluruhan soalan.

  9. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

  10. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah
    bagi setiap ayat.

  11. Jika kedua-dua perkataan dibina dalam satu ayat, berikan pertimbangan
    sebagai satu ayat.

  12. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan
    sebagai satu ayat.

  13. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.


a. Membina satu ayat daripada setiap perkataan

Contoh:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i) seniman
ii) budiman

SOALAN MORFOLOGI

Free download pdf