BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

Murid perlulah membina ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan ayat tersebut
mestilah dapat memberi maksud kepada perkataan yang hendak diuji. Seharusnya, ayat
yag dibina menggambarkan situasi yang berkaitan dengan perkataan tersebut.


Contoh:


Seniman (^) : Satu majlis gilang gemilang telah diadakan oleh stesen penyiaran TV3
untuk menghargai para seniman yang telah lama mewarnai dunia
perfileman.
Murid tidak boleh membina ayat mudah tetapi tidak menggambarkan maksud perkataan
yang diuji.
Contoh:
Karyawan : Ayah saya seorang karyawan. (1/2 markah)-tidak jelas^
Sepatutnya : Ayah saya seorang karyawan yang telah menghasilkan banyak penulisan
pelbagai bidang di negara ini.
Murid perlu membina ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata yang diberikan.
Murid tidak boleh membina satu ayat dengan menggunakan kedua-dua perkataan dalam
pasangan kata tersebut.
Contoh:
Intensif
Insentif
: Latih tubi bagi mata pelajaran Sejarah diadakan secara intensif
memandangkan keputusan murid yang tidak memberangsangkan.
: Pihak sekolah bersetuju memberikan insentif kepada murid yang tidak
pernah mengambil cuti sakit sepanjang tahun 2019.
iii) hartawan
iv) karyawan
v) peragawati
vi) olahragawati
b) Membina satu ayat daripada setiap perkataan dalam pasangan kata yang
diberikan.
Contoh:
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i) intensif - insentif
ii) sebar - tebar
iii) busut - kusut

Free download pdf