BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1
MAKSUD

c) Membina dua ayat daripada setiap perkataan yang diberikan


Contoh:
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i) tekad
ii) reda
iii) bela

AKTIVITI PENEGUHAN:


LATIHAN 1: MEMAHAMI MAKSUD PERKATAAN


Dengan merujuk Kamus Dewan, padankan maksud perkataan berikut.

Murid perlu membina dua ayat daripada satu perkataan yang diuji untuk menunjukkan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Perkataan ini lebih dikenali sebagai homograf
(sama ejaan tetapi sebutan dan makna berbeza)

Contoh:

Tekad
Setiap murid tingkatan lima di SMK Seri Impian mempunyai tekad yang tinggi
untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Ibu saya keluar ke pekan untuk membeli benang tekad yang digunakan untuk
menyelesaikan sulamannya yang hampir siap.

SENIMAN
BUDIMAN

HARTAWAN

KARYAWAN

PERAGAWATI

OLAHRAGAWATI

Perempuan yang terlatih atau mengambil
bahagian dalam acara olahraga.
Perempuan yang berkerja
memperagakan pakaian.
Orang yang mempunyai bakat seni seperti
pelukis, penyanyi dan penyair.
Orang yang berbudi, berakal dan bijaksana.

Orang yang berharta, dan kaya.

Penghasil karya atau pencipta karya seni.

PERKATAAN
Free download pdf