BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

LATIHAN 2: MELENGKAPKAN AYAT


budiman karyawan olahragawati
Peragawati hartawan seniman

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan yang paling tepat.



  1. Aminah telah terpilih sebagai olahragawati di sekolahnya kerana dia berjaya
    meraih banyak pingat dalam kejohanan sukan.

  2. Datuk Azman merupakan seorang yang hartawan di bandar itu kerana beliau
    memiliki banyak syarikat yang besar.

  3. Tan Sri P. Ramlee adalah salah seorang karyawan yang terkenal sehingga kini
    kerana karyanya yang bermutu tinggi.

  4. Peragawati yang cantik itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan
    jalan raya baru-baru ini.

  5. Seniman yang berbakat besar dalam bidang seni lukis itu telah mencipta nama
    di luar negara.

  6. Datuk Zamri amat disenangi oleh penduduk kampung itu kerana sikapnya yang
    budiman dan tidak sombong.


LATIHAN 3: MEMBINA AYAT GRAMATIS


Tulis satu ayat yang gramatis menggunakan perkataan-perkataan berikut:


i) Seniman

ii) Budiman

iii) Hartawan
Free download pdf