BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM

(Joyce) #1

Soalan 3(a): Bahagian Morfologi
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.


i) gambar rajah
Ramli menerangkan maksud gambar rajah yang dilukiskan itu dengan jelas.
ii) ruang legar
Beberapa orang tetamu sedang berbincang di ruang legar hotel tesebut.

iii) rumah pangsa
Pembinaan rumah pangsa di kawasan bandar diperbanyakkan bagi
menampung permintaan yang semakin bertambah.

iv) reka bentuk
Kebanyakan masyarakat pada hari ini gemar membina rumah mengikut
reka bentuk Eropah.

v) lembaran kerja
Cikgu Hasmah memberikan beberapa lembaran kerja kepada muridnya
sebagai latihan tambahan.

vi) temu ramah
Temu ramah yang diadakan itu bertujuan untuk disiarkan dalam majalah
sekolah.

[6 markah]

LATIHAN 2: Pengukuhan
Free download pdf