J O I N
S E B A N Y A K
M U N G K I N
E V E N T
Para usahawan yang dihormati sekalian.
Ingat ya.. Bila anda buat bisnes, anda
diharamkan sama sekali untuk tinggal
dalam dunia anda sendiri. Anda perlu
join sebanyak mungkin event dan kenal
dengan seramai mungkin orang. Melalui
event, anda boleh berinteraksi secara live
dengan audiens anda, anda boleh
belajar macam-macam perkara dari
pelbagai jenis usahawan, anda boleh
tahu trend semasa dalam industri, dan
anda juga boleh berkenalan dengan artis
atau influencer tau! (Kalau ada lah.
Hehe.) Kesilapan ramai peniaga adalah,
apabila mereka join event, mereka me-
mandang semua usahawan lain yang
join event tu sebagai pesaing. Memang
ada betulnya, tapi cuba ambil dari side
positif. Ambil peluang ni untuk bina
hubungan, dan belajar sesuatu.
InshaAllah.