G E R I L L A
M A R K E T I N G
Konsep Gerilla Marketing ni merupakan
konsep dimana promosi dilakukan
dengan masa, tenaga, dan imaginasi,
bukan dengan bajet yang besar. Idea
konsep ini adalah, anda hendaklah
nampakkan brand anda dimana-mana,
tak kira di online, mahupun offline!
Antara perkara yang anda boleh lakukan
untuk Gerilla Marketing ini adalah
keluarkan merchandise untuk brand
anda, seperti T-shirt dan topi. Bila staf
anda pakai baju atau topi ini dimana-
mana, ini adalah salah satu bentuk
Gerilla Marketing! Anda boleh juga buat
stiker kereta. Kemana sahaja kereta anda
pergi, orang akan nampak brand anda!
Tak mahal sangat pun buat merchan-
dise ni. Berbaloi tau buat! Untuk buat
Guerilla Marketing ni, anda haruslah
berfikiran kreatif. Anda nak berikan
impak ke minda audiens anda, jadi anda
tak boleh buat cara biasa-biasa. Anda tak
boleh buat benda yang sama dengan
orang lain.