Aku Budak Intern_Syukriah M. Zailani & Harun Muzhafar Anbu

(Syukriah Mohd Zailani) #1

(^) ii
SEKAPUR SIRIH, SECANGKIR MADU
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan berkatNya kita dapat bersama-
sama membaca buku yang ditulis
berdasarkan pengalaman seorang pelajar
Latihan industri dalam bidang Kerja Sosial
Perubatan yang bertajuk “AKU BUDAK
INTERN”. Sebagai penyelia Latihan
industri, saya amat berbangga dan
mengucapkan setinggi tahniah kepada
penulis atas kejayaan penghasilan buku ini
dalam kesibukkan beliau menjalani Latihan industri di Hospital
Pengajar UPM. Penulis merupakan seorang pelajar yang mudah
didekati, cepat belajar perkara baru, mempunyai keyakinan yang
tinggi serta berani mencabar diri beliau untuk menjadi yang terbaik.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan Syabas kepada
Saudari Syukriah atas penghasilan buku “AKU BUDAK INTERN”.
Diharapkan buku ini dapat menjadi panduan kepada mahasiswa/wi
yang bakal menjalani Latihan industri pada masa akan datang.
Terima Kasih
MUHAMMAD AMIRUL AIDIL BIN ROSLY a.k.a Encik Aidil
PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
UNIT KAUNSELING DAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
HOSPITAL PENGAJAR UPM

Free download pdf