Aku Budak Intern_Syukriah M. Zailani & Harun Muzhafar Anbu

(Syukriah Mohd Zailani) #1

(^) iii
SEKAPUR SIRIH, SECANGKIR MADU
Alhamdulillah.. Syukur dipanjatkan
kepada Yang Maha Esa kerana dengan
izinNya dan berkat usaha jitu oleh
saudari Syukriah, penerbitan ini berjaya
direalisasikan. Penerbitan bertajuk “Aku
Budak Intern” ini merupakan naskhah
yang pada hemat saya amat bermakna
kerana penulisannya yang ditulis dari
hati berkenaan pengalaman penulis
menjalani latihan industri di Hospital
Pengajar UPM. Pahit manis, suka duka,
semasa menjalani latihan industri atau “internship” diterjemahkan
dalam bentuk penulisan yang pastinya akan menjadi kenangan yang
bakal diimbau pada masa hadapan.
Naskhah yang ditulis dari hati, isinya jua tepat ke hati.
Didoakan semoga penerbitan ini menjadi titik tolak kepada memacu
potensi diri saudari Syukriah dalam bidang penulisan serta menjadi
satu bentuk galakan ke arah penghasilan lebih banyak naskhah yang
berkualiti dan memberi impak kepada komuniti.
Selain itu, besar harapan saya juga agar penerbitan ini turut
menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar yang bakal
menjalani latihan industri walau di mana sahaja mereka berada.
Sesungguhnya pengalaman menjalani latihan industri merupakan

Free download pdf