Aku Budak Intern_Syukriah M. Zailani & Harun Muzhafar Anbu

(Syukriah Mohd Zailani) #1

Dalam fikiranku, apalah tugasan aku untuk
minggu ini. Harapan aku moga sentiasa
dipermudahkan dan menyenangkan rakan
sekerja. Aku ini boleh dikatakan seorang yang
kelam kabut dan sambil lewa. Buktinya, setiap
hari ada sahaja kesalahan ejaan dan penggunaan
ayat yang kurang sesuai aku gunakan.


Aku beruntung sebab penyelia aku tidak
pernah jemu membantu dan menegur dengan
sabar sekali. Ya lah, kesalahan yang sama
berulang aku buat. Kalau dapat yang tidak
sesabar penyelia dan ketua unit aku (Puan
Rafidah). Mesti sebakul makian aku terima hari-
hari.

Free download pdf