Aku Budak Intern_Syukriah M. Zailani & Harun Muzhafar Anbu

(Syukriah Mohd Zailani) #1

Aku dengan tidak beragak-agak
memaklumkan kepada Doktor bahawa aku akan
berbincang dengan penyelia aku terlebih dahulu
dan memberi maklum balas kemudian kerana
aku hanyalah pelajar latihan industri.


Tiba- tiba...


Dengan drastiknya, air muka doktor dan
jururawat itu berubah sedikit sebanyak
menyebabkan jantung aku berdegup laju.


“ Apa salahku? Aku ada salah cakap ke?”
Tanpa diduga, mereka terus mengabaikan
aku dan menganggap aku tidak jauh seperti Tugu
Negara. Tanpa sebarang kata putus, mereka diam
seribu bahasa dan aku terus berlalu pergi.

Free download pdf