Aku Budak Intern_Syukriah M. Zailani & Harun Muzhafar Anbu

(Syukriah Mohd Zailani) #1

(^) vii


Kata pengarang

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh Allah
S.W.T di atas peluang untuk menghasilkan dan mencoret
kenangan aku sebagai pelajar latihan industri di Hospital
Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).
Terima kasih aku ucapkan kepada Pensyarah aku
selaku penyelia universiti aku Dr. Nur Saadah binti Mohamad
Aun kerana banyak membantu aku dengan memberi
pandangan beliau untuk aku meneruskan latihan industri di
hospital. Bahkan, Dr tidak pernah jemu memberi sokongan
dan nasihat untuk kebaikan masa depan aku.
Buku ini dirangka khas untuk adik-adik yang
mengambil jurusan Kerja Sosial. Profesion Kerja Sosial adalah
satu profesion yang mulia kerana kita semua berkhidmat
untuk membantu sesama manusia tanpa mengira bangsa,
kaum dan agama.
Terdapat dua penulis bagi buku ini iaitu aku sendiri
(Syukriah Mohd Zailani) dan sahabat aku di UKM (Harun
Muzhaffar Anbu). Coretan ini hanya secara ringkas untuk
kami kongsi suka dan duka sepanjang kami menjalani latihan
industri. Aku mohon maaf atas kekurangan bahasa dan kata
yang digunakan. Segala penceritaan adalah kenangan dan

Free download pdf