KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

REFLEKSI


Pada awal kajian, pengkaji mendapati murid sukar memberikan kerjasama dan
sebaliknya suka bersembang sesama rakan sendiri selain menjawab tidak tahu
apabila ditanyakan soalan. Setelah pengkaji melakukan teguran dan melaksanakna
intervensi beberapa kali, berlakunya perubahan positif daripada murid di mana murid
mampu memberi kerjasama ketika aktivitiperbincangan dijalankan.


Pengkaji juga mendapati penggunaan konsep 5W1H yang diterapkan dalam bentuk
peta minda DIKEBAS ABI amatlah sesuai digunakan bagi membantu murid
mengembangkan perenggan untuk menulis karangan naratif. Kaedah ini
menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan berbanding
menggunakan kaedah yang lain berdasarkan peningkatan markah ujian yang
dilaksanakan.


Secara kesimpulannya, daripada kajian ini, pengkaji mendapati guru perlu bijak
mempelbagaikan teknik pengajaran yang mengaplikasikan kemahiran berfikir bagi
meningkatkan prestasi murid dalam menulis karangan.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Memandangkan di dalam kajian ini, Peta Minda DIKEBAS ABI digunakan dalam
karangan naratif sahaja, pengkaji mencadangkan penggunaan Peta Minda DIKEBAS
ABI diperluaskan penggunaannya dalam karangan yang lain pada kajian yang
seterusnya. Perkara ini bagi memastikan pengkaji dapat menilai keberkesan kaedah
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam karangan yang
lain.


Selain itu, dalam kajian ini, masa yang diluangkan untuk melakukan intervensi sangat
terhad iaitu dalam masa 4 jam pengajaran. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi
keputusan hasil kajian dan faktor masa memainkan peranan yang sangat penting
dalam mendapatkan keputusan kajian. Pengkaji seharusnya menjalankan kajian
dengan lebih lama untuk lebih memahami dan mengenali murid selain dapat
memerhatikan murid kajian dengan lebih lama.


Akhir sekali, dengan berkembangnya penggunaan teknologi dalam pendidikan,
pengkaji mencadangkan agar penggunaan Peta Minda DIKEBAS ABI diperluaskan
dalam bentuk berbantukan komputer. Sebagai contoh, Coggle dan Miro antara
perisian komputer yang boleh digunakan untuk membuat peta minda. Hal ini pastinya

Free download pdf