KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menegaskan bahawa
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara yang berdaulat. Bahasa Melayu
telah menjadi Bahasa Rasmi Negara, Bahasa Pentadbiran, Bahasa Perhubungan
Umum dan juga Bahasa Pengantar serta Bahasa Ilmiah di sekolahsekolah dan
institusi-institusi pengajian tinggi awam. Walaupun bahasa Melayu ini telah diwartakan
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (1992) sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, namun isu
tentang penguasaan bahasa Melayu ini tidak pernah berhenti (Kasdan & Kassim,
2015). Apabila diperhatikan dalam kalangan masyarakat pada hari ini juga,
penguasaan bahasa Melayu masih lagi berada di tahap yang kurang
memberangsangkan. Kamil & Mohamad (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa
masih terdapat ramai masyarakat yang kurang menguasai bahasa Melayu dengan
baik. Ia bukan sahaja daripada komuniti Cina dan India, tetapi juga orang Melayu
sendiri.


Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia, masyarakat harus mahir berbahasa Melayu
kerana bahasa itu melambangkan identiti negara seseorang individu. Maka,
penekanan kepada penguasaan mata pelajaran bahasa Melayu dalam semua aspek
harus dikuasai sepenuhnya seawal di bangku sekolah lagi terutamanya aspek
tatabahasa. Ini kerana murid-murid seringkali mempunyai masalah dalam menguasai
tatabahasa dengan baik. Masalah ini telah didapati oleh pengkaji sewaktu mengajar
mata pelajaran bahasa Melayu di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Pengkaji
berpendapat bahawa sekiranya masalah ini tidak ditekankan dan diperbetulkan, maka
ia akan menjadi kebiasaan bagi mereka. Terutamanya kesalahan penggunaan kata
pemeri ialah dan adalah dalam ayat. Kesalahan yang dilakukan ini, sekiranya tidak
diterangkan sejelas-jelasnya dan didedahkan kepada murid, tentu sekali ia akan
semakin meluas penggunaannya. Menurut Fauzi Amir Gus (2010), masalah kekeliruan
dan kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah bukan sahaja wujud dalam
kalangan murid-murid di sekolah rendah malahan wujud dalam kalangan golongan
profesional.


Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengaplikasi satu teknik bagi menyelesaikan
permasalahan yang berlaku dalam membantu meningkatkan penguasaan
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kalangan murid-murid tahun 5.
Kegagalan murid-murid menguasai aspek tatabahasa ini akan mencacatkan mutu
penulisan ayat murid-murid dalam membina karangan (Sariyan, 2009). Pengkaji juga

Free download pdf