KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian


  1. Meningkatkan penguasaan penggunaan kata pemeri dengan menggunakan teknik
    ³LQDVD ́GDODPNDODQJDQPXULGWDKXQ


Soalan Kajian

 $GDNDK WHNQLN ³LQ DVD ́ GDSDW PHQLQJNDWNDQ Senggunaan kata pemeri dalam
kalangan murid tahun 5?


PESERTA KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas murid tahun 5 di salah sebuah sekolah di sekitar
daerah Tuaran. Namun, tidak semua murid terlibat dalam kajian ini di mana pengkaji
telah memilih dua orang peserta kajian yang betul-betul lemah dalam menguasai
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat. Peserta kajian yang dipilih ini
terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Peserta kajian
dipilih berdasarkan kepada analisis dokumen iaitu lembaran kerja dan juga ujian pra
yang telah dijalankan. Hasil tinjauan awal menunjukkan dua orang murid tersebut
mempunyai kefahaman konsep, pencapaian dan respon positif yang rendah terhadap
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.
Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian
Kumpulan Subjek Kajian Tahun 5
Bilangan Subjek Kajian 2 orang peserta kajian (PK A dan PK B)
Purata Umur 11 tahun
Jantina Seorang lelaki
Seorang perempuan
Tempat Sekolah kebangsaan di daerah Tuaran


TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian ini mengaplikasikan konsep penyelidikan tindakan mengikut Model Kajian
Tindakan Stephen Kemmis dan McTaggart (1988) dalam Buku Manual Kajian
Tindakan (2008), menyatakan terdapat empat proses utama dalam melaksanakan
kajian tindakan (Rosinah Edinin, 2012). Antara proses adalah seperti berikut:

Free download pdf