KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu menghadapi banyak cabaran terutamanya dari segi
penggunaan tatabahasa yang betul. Bukan sahaja dalam sistem pendidikan di
Malaysia, malah dalam kehidupan sehari-harian.Sejajar dengan perkembangan
semasa, penggunaan bahasa lain yang diserap dan diguna terus secara langsung
malah secara tidak langsung telah merosakkan sistem tatabahasa Melayu. Dalam
kajian tindakan ini, tajuk yang dikaji ialah "Meningkatkan Penguasaan Kata Kerja
Berimbuhan Awalan meN- Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Menggunakan RoPuhan'.
RoPuhan ini ialah akronim kepada Roda Pusing Imbuhan. Kajian ini merupakan satu
penelitian terhadap subjek Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 3 sekolah rendah
yang menghadapi masalah dalam menguasai kata berimbuhan awalan meN- bagi kata
kerja.


Pengkaji telah menjalani program Praktikum Fasa Satu sebagai guru pelatih di
salah sebuah sekolah di daerah Tuaran selama 12 minggu. Selama tiga bulan di
sekolah tersebut, banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang telah pengkaji
perolehi terutamanya proses PdP. Sepanjang praktikum berlangsung, pengkaji
mendapati pelbagai masalah yang telah berlaku semasa proses PdP dijalankan
dimana pengkaji dapat mengenal pasti bahawa terdapat beberapa murid Tahun 3 yang
diajar oleh pengkaji tidak dapat menguasai penggunaan kata imbuhan awalan bagi
kata kerja mahupun kata dasar walaupun tatabahasa ini berulang-ulang dalam sukatan
pelajaran dan dilaksanakan secara berulang-ulang dalam proses PdP bagi mata
pelajaran bahasa Malaysia.


Murid menghadapi masalah dalam menyenaraikan kata imbuhan daripada petikan
yang dibaca, murid tidak dapat menulis perkataan kata kerja yang melibatkan imbuhan
awalan meN- dengan betul dan murid juga menghadapi kesukaran dalam menentukan
kata dasar yang betul selepas imbuhan awalan meN- diimbuhkan pada kata kerja.
Contohnya, Setelah meneliti masalah ini, pengkaji merasakan masalah utama yang
perlu diberi perhatian ialah meningkatkan pengetahuan kata kerja berimbuhan meN-
murid. Hal ini kerana, kegagalan menguasai aspek ini perlu ditangani dengan lebih
awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka menjejakkan
kaki ke kelas Tahun 4 kelak.


Pengajaran Tatabahasa bagi pengkaji adalah sukar untuk disampaikan kepada
murid. Tambahan pula, murid juga kurang mahir dan sukar untuk menguasai
pembelajaran tatabahasa. Penggunaan tatabahasa yang tidak betul menyebabkan

Free download pdf