KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
8.0 REFLEKSI
Refleksi dan Penilaian Tindakan

Sepanjang pengkaji menjalankan kajiannya, pengkaji mendapati terdapat kelemahan
dan kekuatan yang telah dihadapi. Setiap penyelidikan yang dilakukan tidak dapat lari
daripada kelemahan-kelemahan tertentu. Pengkaji mendapati satu kelemahan dimana
pengkaji terlalu menumpukan perhatian kepada murid yang terlalu lemah semasa sesi
PdP sehinggakan murid pada tahap sederhana dan tahap yang cemerlang kurang
diberi perhatian. Maka, untuk mengatasi permasalahan ini, pengkaji boleh
menjalankan ujian diagnostik bagi setiap tajuk baharu bagi mengesan kekurangan dan
tahap penguasaan seseorang murid dengan lebih seterusnya guru dapat
membahagikan perhatian, masa dan teknik mengajar kepada murid-murid mengikut
tahap masing-masing sebelum mengajar topik baharu dan supaya murid pada tahap
rendah tidak ketinggalansemasa sesi PdP berlangsung. Kajian yang telah dijalankan
ini telah memberi kesan yang positif dan memotivasikan pengkaji dalam meneruskan
kajiannya. Setiap peserta kajian dalam penyelidikan ini menunjukkan peningkatan
yang ketara pada setiap aktiviti yang dijalankan. Sebagai seorang penyelidik yang
telus dan bertanggungjawab, serta sebagai seorang guru yang berdedikasi, pengkaji
menyedari akan kepentingan dalam meningkatkan kualiti pengajaran, perancangan
tindakan, teknik pengajaran dan sebagainya dengan menitikberatkan tahap
penguasaan dan kemahiran murid dalam menjalankan sesuatu PdP. Oleh yang
demikian diharapkan pengkaji dapat menjalankan penyelidikan yang lebih baik dari ini
yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Menurut Creswell (2005), kajian tindakan biasanya digunakan untuk
menyelesaikan masalah sosial atau fenomena salam jangka masa yang singkat. Jenis
reka bentuk kajian juga dapat memberikan kesan yang besar kepada kajian yang ingin
dijalankan. Reka bentuk pengkaji gunakan dala kajiannya merupakan kajian tindakan.
Menurut Chua (2006), tujuan melakukan kajian tindakan adalah untuk memperbaiki
kualiti sesuatu amalan bagi meningkatkan kefahamannya tentang sesuatu peristiwa,
situasi dan masalah agar keberkesanan amalan dapat dibaiki. Dapat disimpulkan
bahawa kajian yang telah dilakukan ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran
dalam sesuatu subjek. Dalam pada itu, kajian yang dijalankan ini juga dapat
meningkatkan prestasi pencapaian murid serta membantu murid mencapai tahap yang

Free download pdf