KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

cemerlang. Maka, dengan bukti-bukti terhadap kajian untuk Meningkatkan
Penguasaan Kata Kerja Berimbuhan Awalan meN- Dalam Kalangan Murid Tahun 3
Menggunakan RoPuhan ini menjadi bukti bagi mencapai objektif kajian dan menjawab
soalan kajian.


9.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan tindakan susulan dilaksanakan di dalam kajian adalah sebagai cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang atau untuk
dijadikan rujukan bagi pengkaji yang lain. Tindakan susulan ini perlu dilaksanakan agar
proses pengukuhan pengetahuan murid sentiasa dapat ditingkatkan dari semasa ke
semasa. Dalam pada itu, diharapkan tindakan susulan ini juga akan dapat membantu
para guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
efektif.
Pengkaji telah mencadangkan untuk membuat penambahbaikan terhadap alat
bantu mengajar RoPuhan iaitu dengan menitikberatkan kekemasan RoPuhan supaya
penggunaanya lebih mudah untuk digunakan oleh peserta kajian. Contohnya, pengkaji
menambahkan garis pada setiap huruf pertama supaya murid dapat melihat contoh
huruf bagi kata berimbuhan awalan meN- tertentu dengan lebih jelas.


Dalam pada itu, contoh perkataan juga boleh diselitkan pada setiap huruf
SHUWDPD&RQWRKQ\DKXUXIμQ\¶!μPHQ\HOLD¶+DOLQLDGDODKVXSD\DPXULGGDSDWPHOLKDW
dengan lebih konkrit contoh-contoh perkataan yang telah diimbuhkan. Terutamanya
huruf pertama p t, s dan k yang akan berubah menjadi sengau contohnya, kata dasar
yang dimulakan dengan huruf μS¶ MDGLμPHPLPSLQ¶


Seterusnya, pengkaji mencadangkan untuk menggunakan bahan yang dapat
menyokong kekukuhan alat bantu mengajar RoPuhan iaitu dengan menggunakan
kertas A4 yang lebih keras. Hal ini kerana, penggunaan kertas A4 biasa menjadikan
alat bahan bantu RoPuhan ini mudah rosak dan tidak dapat diguna pakai untuk masa
PdP yang akan datang.


Akhir sekali, pengkaji mengharapkan supaya penggunaan alat bantu
mengajar RoPuhan ini dapat digunakan bukan sahaja kepada murid Tahun 3 malah
secara menyeluruh iaitu kepada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Hal ini kerana,
tajuk kata berimbuhan dan penggunaan kata imbuhan awalan bagi kata kerja mahupun
kata dasar akan sentiasa berulang-ulang dalam sukatan pelajaran. Tambahan pula, ia
dilaksanakan secara berulang-ulang dalam proses PdP bagi mata pelajaran bahasa
Malaysia untuk setiap murid sekolah rendah.

Free download pdf