KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN


Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara Malaysia adalah sangat penting
sebagai bahasa ilmu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
pengetahuan terkini akan tetap kekal berfungsi sebagai bahasa untuk menimba. Jati
diri orang Melayu dengan sikapnya yang optimistik mencerahkan lagi penguasaan
bahasa Melayu secara warisan dalam sistem pendidikan kebangsaan, (Khuzaiton
Zakaria, 2021). Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah
menekankan lima kemahiran iaitu mendengar dan bertutur, membaca, menulis,
aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Setiap kemahiran yang ditetapkan
pelajaran bertepatan dengan tahap penguasaan murid tersebut mengikut umur. Oleh
itu, penguasaan kemahiran ini sangat penting sama ada dalam bentuk lisan ataupun
tulisan dan perlu dikuasai oleh murid-murid.


Pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa 1 di sebuah sekolah di daerah Tuaran,
Sabah pada tahun 2021. Pengkaji mengambil peluang untuk membuat pemerhatian
terhadap isu yang terdapat pada murid Tahun 3 tersebut. Dalam pengajaran dan
pembelajaran yang pengkaji jalankan, melalui pemerhatian pengkaji mendapati
beberapa orang murid tidak mahir membina ayat majmuk dengan betul dan gramatis.
Pengkaji dapat mengesan kesalahan yang terdapat pada ayat majmuk yang dibina.
Setelah bersoal jawab dengan murid, pengkaji dapat mengumpul beberapa
maklumat di mana murid tidak tahu kesalahan ayat yang dibina, tidak pasti
penggunaan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat majmuk dan sebagainya.
Kegagalan menguasai ayat majmuk akan memberikan kesan terhadap karangan
yang akan dibuat kerana karangan yang dihasilkan tidak gramatis. Tindakan yang
diambil bagi menangani masalah tersebut yang adalah penggunaan teknik dalam
meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk dengan lebih mudah dan gramatis.


Pengkaji PHQGDSDW LGHD GDQPHQFLSWD WHNQLN³%XQJD .866< ́ XQWXNPHPEDQWX
murid memahami dan membina ayat majmuk dengan mudah.
Penggunaan teknik ini diterjemahkan dalam bentuk maujud sebagai satu bahan
bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM ini dapat menarik minat murid dalam
pembelajaran dan memberi keseronokan ketika belajar. Kenyataan ini disokong oleh
Noorazman Abd Samad (t.t) dalam kajiannya menyatakan bahawa PdP yang
menggunakan BBM amat memberi kesan terhadap pembelajaran murid. Beliau juga
berpendapat bahawa pembelajaran dengan menggunakan BBM dapat meningkatkan
pencapaian dan kejayaan.

Free download pdf