KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

FOKUS KAJIAN


Pemerhatian dilakukan secara tidak langsung sepanjang sesi pengajaran yang
dijalankan dan pengkaji dapat mengesan masalah yang berlaku. Penguasaan ayat
majmuk dalam membuat ayat dan karangan merupakan kemahiran yang sangat
penting dan perlu dipertingkatkan. Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Tahun 3 semakan 2017, pada bahagian aspek kemahiran
tatabahasa yang melibatkan ayat majmuk yang perlu dicapai oleh murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Penguasaan ayat majmuk yang kurang
memberangsangkan adalah kerana murid tidak yakin untuk menyambungkan atau
mengembangkan ayat dengan kata hubung yang sesuai. Pendapat ini disokong
dalam kajian Mohd Kamarulzaman Ismail (t.t) yang menyatakan bahawa murid gagal
membentuk kata hubung yang betul dalam membina ayat.


Selain itu, murid juga tidak pasti bahawa kata hubung yang digunakan sesuai dengan
ayat yang ingin disambungkan. Kekeliruan ini membuatkan murid lebih gemar
membuat ayat tunggal sahaja berbanding membina ayat majmuk. Pada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, pengkaji menjalankan aktiviti
berkaitan pembinaan ayat majmuk. Berdasarkan pemerhatian daripada pengajaran
tersebut, didapati bahawa terdapat murid yang masih berada pada tahap yang lemah
dalam membina ayat majmuk walaupun merujuk kepada gambar yang diberikan.


Rajah 1.1 (i) dan 1.1 (ii): Contoh ayat yang dibina oleh murid. Walaupun arahan
yang diminta adalah membina ayat majmuk berdasarkan gambar.
Free download pdf