KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

memandangkan peserta kajian ini disediakan binaan ayat dan kata hubung. Peserta
kajian hanya perlu menggabungkan ayat majmuk namun kemahiran ini telah menjadi
fokus utama kajian pengkaji. Hal ini disebabkan tinjauan awal masalah yang dijalankan
oleh pengkaji mendapati kesemua peserta kajian suka menulis perkataan yang sama
secara berulang dalam membina ayat majmuk dengan kata hubung yang diberikan.
Peserta kajian menjadikan dua ayat yang diberikan menjadi satu ayat panjang iaitu
menggabungkannya dengan kata hubung yang diberikan tanpa menggugurkan salah
satu perkataan yang sama. Lebih-OHELKODJLSDGDNDWDKXEXQJJDEXQJDQVHSHUWLμGDQ¶
μVDPELO¶GDQμODOX¶
Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, berlaku peningkatan yang
ditunjukkan oleh peserta kajian. Namun begitu, pengkaji melihat peserta kajian juga
kerap melakukan kesilapan semasa menulis ayat majmuk gabungan menggunakan
teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) ini. Pengkaji mendapati kesilapan ini berlaku
kerana masalah tingkahlaku seperti sikap sambil lewa peserta kajian. Menurut Lahey
(2009), tingkah laku merupakan kajian saintifik yang berkaitan dengan proses mental
dan perbuatan seseorang. Dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk
kepada sebarang bentuk tingkah laku pelajar yang boleh menganggu kelancaran dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohd Fadli
et al. 2016). Oleh itu, sebagai tindakan susulan terhadap masalah yang dihadapi oleh
peserta kajian ini, pengkaji perlu mengingatkan peserta kajian agar sentiasa peka dan
berhati-hati semasa menulis ayat majmuk gabungan agar kesilapan dapat dikurangkan.


Dalam konteks teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) ini pula, tindakan susulan
yang boleh dilakukan untuk mengubah reka bentuknya agar boleh diaplikasikan untuk
VHPXD MHQLV NDWD KXEXQJ VHSHUW μNHUDQD¶ μ\DQJ¶ μWHWDSL¶ GDQ VHEDJDLQ\D .DMLDQ
selanjutnya juga mungkin boleh digunakan dengan meningkatkan kemahiran membina
ayat majmuk gabungan dengan betul dari segi penggunaan huruf besar, tanda baca,
kata hubung, kata kerja dan kosa kata yang sesuai. Pada masa yang akan datang,
pengkaji boleh mencuba untuk menjadikan penggunaan teknik ini secara meluas dan
meliputi semua jenis kata hubung yang terdapat dalam skop pelajaran Bahasa Melayu.
Sebagai seorang guru baharu juga saya akan terus untuk menjalankan kajian tindakan
untuk mempertingkatkan profesion saya.

Free download pdf