KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGGUNAAN TUSUNPAL UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA
AYAT MAJMUK GABUNGAN BAGI MURID TAHUN 3

Nurul Aliya binti Mohd Sabri

Dr Effendy bin Yusuff

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
([email protected])
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk
gabungan yang betul dengan menggunakan TUSUNPAL. TUSUNPAL ialah bahan yang mana
murid perlu tulis ayat (TU), kemudian susun (SUN) dan seterusnya menampal (PAL) ayat
majmuk yang lengkap di ruang yang disediakan. Langkah-langkah bahan ini digunakan bagi
membantu murid membina ayat majmuk gabungan dengan kata hubung yang betul sekaligus
menjadi pemudah cara kepada murid untuk membina ayat dengan struktur ayat yang betul.
Berdasarkan tinjauan masalah semasa pengajaran yang lalu, pengkaji mendapati bahawa
terdapat beberapa orang murid Tahun 3 yang tidak dapat membina ayat majmuk gabungan
dengan betul. Seramai tiga orang peserta kajian dari sebuah sekolah di daerah Tuaran telah
dipilih untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya
termasuklah pemerhatian secara berstruktur, temu bual, dan juga ujian penilaian pencapaian.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan TUSUNPAL berkesan untuk mengatasi
masalah membina ayat majmuk gabungan dengan kata hubung dan struktur ayat yang betul
Justeru, pengkaji yakin bahawa bahan TUSUNPAL dapat digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan betul.
Kata Kunci : TUSUNPAL, ayat majmuk gabungan, kata hubung


ABSTRACT
This study was conducted to improve the skills of constructing the correct compound sentences
by using TUSUNPAL. TUSUNPAL is a material where students have to write a sentence (TU),
then arrange (SUN) and then paste (PAL) a complete compound sentence in the space
provided. These material steps are used to help students construct compound sentences with
the correct conjunctions as well as to facilitate students to construct sentences with the correct
sentence structure. Based on a survey of problems during previous lessons, the researcher
found that there were some Year 3 students who were unable to construct compound sentences
correctly. A total of three study participants from a school in Tuaran district were selected for
this study. The instruments used to measure this study include structured observations,
interviews, and even achievement appraisal tests. The findings of this study prove that the use
of TUSUNPAL is effective in overcoming the problem of constructing compound sentences with
conjunctions and correct sentence structure. Thus, researchers are confident that TUSUNPAL
material can be used in teaching and learning to improve the skills of constructing compound
sentences correctly.
Key Words : TUSUNPAL, compound sentence, conjunction

Free download pdf