KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Rajah 1.1 (iii): Contoh ayat majmuk yang dibina oleh murid tetapi salah penggunaan
kata hubung.

Berdasarkan Rajah 1.1 (i), 1.1 (ii) dan 1.1 (iii) yang ditunjukkan di atas, dapat dilihat
hasil jawapan murid dalam membina ayat. Rajah 1.1 (i) menunjukkan ayat mudah
dan tidak gramatis manakala Rajah 1.1 (iii) menunjukkan penggunaan kata hubung
yang salah dalam membina ayat majmuk. Hal ini dapat dilihat bahawa murid masih
keliru menggunakan kata hubung dalam membina ayat majmuk serta tidak mahir
untuk mengembangkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.


OBJEKTIF


i. Meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk dengan betul dan tepat
menggunakan teNQLNμ%XQJD.866<¶

SOALAN KAJIAN


L$GDNDKWHNQLNμ%XQJD.866<¶GDSDWPHQLQJNDWNDQSHQJXDVDDQGDODPPHPELQD
ayat majmuk dengan betul dan tepat?

PESERTA KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan murid Tahun 3 seramai 20 orang murid
yang bersekolah di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian
telah menjalani Ujian Diagnostik yang diberikan dan pengkaji telah mengesan tiga
daripada 20 orang murid yang bermasalah dalam membina ayat majmuk yang betul
dengan penggunaan kata hubung yang sesuai. Pengkaji juga telah membuat analisis
terhadap peserta kajian melalui buku latihan mereka dalam mata pelajaan Bahasa
Melayu dan didapati peserta kajian sangat lemah dalam pembinaan ayat majmuk.
Dari segi pencapaian, ketiga-tiga peserta kajian ini berada pada tahap di bawah
sederhana berdasarkan pemerhatian guru-guru lain.

Free download pdf