KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Rajah 3 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Rajah 3 menunjukkan jumlah markah ujian pra dan ujian pasca setiap peserta
kajian. Berdasarkan rajah, markah Peserta Kajian A meningkat sebanyak 70%, dari
20% pada ujian pra kemudian memperoleh 90% pada ujian pasca. Peserta Kajian B
pula terdapat peningkatan markah sebanyak 55% dari 45% meningkat kepada 100%
semasa ujian pasca. Peserta Kajian C turut menunjukkan peningkatan markah dari
ujian pra ke ujian pasca. Peserta Kajian C pada mulanya tidak dapat menjawab
langsung soalan ketika ujian pra dan memperoleh 0%, selepas menjalani intervensi
dan menggunakan TUSUNPAL, Peserta Kajian C menunjukkan peningkatan signifikan
kepada 50%. Walaupun Peserta Kajian C tidak mencapai tahap cemerlang, namun
peningkatan markah Peserta Kajian C dan juga peserta kajian lain menunjukkan
prestasi murid dalam kemahiran membina ayat majmuk gabungan dapat meningkat
dengan menggunakan TUSUNPAL.


KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan hasil dapatan kajian, kemahiran membina ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung dan struktur ayat yang betul peserta kajian bagi murid
Tahun 3 dapat ditingkatkan dengan menggunakan TUSUNPAL. Peningkatan
pencapaian peserta kajian dalam ujian pasca selepas ujian pos menunjukkan
peningkatan yang ketara. Berlakunya perubahan yang positif dari segi minat dan daya
usaha. Perubahan ini penting untuk menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Peserta kajian dapat membina ayat majmuk daripada susunan
perkataan ini kerana perkataan-perkataan serta gambar yang diberi dapat menjadi
stimulus untuk merangsang mereka mengeluarkan idea (Abdul Aziz Abdul Talib, 2000).


Bagi menambah baik bahan, pengkaji berpendapat bahawa bahan ini boleh ditukar
bahannya agar lebih jimat kos. Bagi menambah baik bahan, pengkaji berpendapat
pelekat yang digunakan boleh ditukar dengan kad atau kertas yang murid boleh tulis
lalu dapat dipadam. Pengkaji tidak perlu membeli dan menggunakan pelekat dengan
kadar yang banyak. Pengkaji dapat menjimatkan kos dalam mengurangkan
penggunaan pelekat ini. Selain itu, pelaksanaannya juga dapat divariasikan agar tidak
membosankan murid. Bahan ini memerlukan daya kreativiti dalam mempelbagaikan
corak pengajaran ketika menggunakannya. Pengkaji boleh merancang satu
permainan bahasa yang dapat digunakan sebagai salah satu intervensi tambahan
dalam langkah pelaksanaan.

Free download pdf