Jadual 3
Perbandingan keputusan ujian kemajuan bagi setiap intervensi
Pesert
a
Kajian
Skor Markah
Peringkat
Pertama bagi
Intervensi
Pertama
Skor Markah
Peringkat
Kedua bagi
Intervensi
Pertama
Skor Markah
Peringkat
Ketiga bagi
Intervensi
Pertama
Skor Markah
Peringkat
Susulan bagi
Intervensi
Kedua
Marka
h
(10)
Peratu
s
(%)
Marka
h
(16)
Peratu
s
(%)
Marka
h
(20)
Peratu
s
(%)
Marka
h
(10)
Peratu
s
(%)
Malik 7 70 14 77 19 95 10 100
Berdasarkan rajah 7 dan jadual 3 menunjukkan perbandingan keputusan ujian
kemajuan bagi setiap intervensi iaitu peringkat pertama, peringkat kedua, peringkat
ketiga dan peringkat susulan. Analisis dapatan markah ujian kemajuan setiap
intervensi menunjukkan keputusan yang positif dalam penguasaan kemahiran
menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal oleh Malik. Hasil daripada
aktiviti intervensi Petak BiKu bagi peringkat pertama, peringkat kedua dan peringkat
ketiga telah membuktikan berlaku peningkatan skor markah Malik dalam latihan
susulan walaupun tanpa menggunakan Petak BiKu. Berdasarkan keputusan ini, Malik
dapat menguasai Teknik Petak BiKu untuk meningkatkan kemahiran menggunakan
huruf besar dan huruf kecil semasa menulis ayat tunggal dalam Bahasa Melayu.
Hasil Dapatan Analisis Latihan Pengukuhan Selepas Intervensi
Latihan pengukuhan dilaksanakan di dalam kelas biasa dimana semua murid Tahun
5 akan membuat lembaran kerja Bahasa Melayu. Latihan-latihan selepas intervensi
dianalisis untuk melihat keberkesanan Teknik Petak BiKu dalam meningkatkan
kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada sesebuah ayat. Melalui
analisis latihan pengukuhan selepas intervensi ini, analisis dibuat dapat membantu
saya dalam menjawab persoalan kajian pertama.