KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Kaedah Pandang Sebut Berbantukan Kad SuKaWarna Meningkatkan
Kemahiran Membaca

Nurul Syuhaida Binti Mohamad
Pn. Hjh Noor Salawati Binti Abu Bakar
PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018
[email protected]

ABSTRAK
Penyesuaian kaedah pembelajaran dapat membantu murid yang mengalami pelbagai masalah
di dalam bilik darjah. Penggunaan kaedah yang baik dapat membantu menguasai kemahiran
membaca untuk perkembangan sikap yang positif dalam mata pelajaran yang diajar.
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah pandang
sebut berbantukan Kad SuKaWarna dalam meningkatkan kemahiran membaca. Model Kurt
Lewin telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Peserta kajian terdiri daripada lima
orang murid yang dipilih melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisis
melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian serta temu bual. Hasil analisis data mendapati
bahawa kelima-lima peserta kajian menunjukkan peningkatkan markah yang ketara dalam
ujian pos berbanding ujian pra. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna berkesan dalam meningkatkan kemahiran
membaca.
Kata Kunci: Bahasa Melayu, Pandang Sebut, kemahiran membaca, kad imbasan


ABSTRACT
Adapting learning methods can assist students who are having difficulties in the classroom.
Good approaches can aid in the mastery of reading skills and the development of positive
attitudes toward the material being taught. The purpose of this action research is to evaluate
how effective the SuKaWarna Card-assisted pronunciation method is at improving reading skills.
In this action research, the Kurt Lewin model is applied. Five pupils are chosen for the study
based on observation and document analysis. Pre- and post-tests, observations, and interviews
are conducted to analyse the study's findings. The results of the data analysis revealed that all
five study participants improved significantly in their post-test scores as compared to their pre-
test scores. The study's findings revealed that using the pronunciation view approach with the
SuKaWarna Card is useful in enhancing reading skills.
Keywords: Bahasa Melayu, Look and Say, reading skills, flash cards

Free download pdf