KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, penekanan proses membaca diberi perhatian,
terutamanya melalui penetapan kemahiran bahasa yang terkandung dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa sama ada di peringkat rendah mahupun
menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Memandangkan kepentingan
kemahiran membaca terhadap pencapaian akademik, maka adalah penting untuk
memberi program intervensi awal untuk mengatasi masalah membaca dalam
kalangan murid-murid. Oleh itu, pendidik perlu merancang kaedah yang sesuai dalam
proses PdP yang boleh membantu meningkatkan kemahiran membaca. Yahaya et.al
(2012), menyatakan bahawa murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran
memerlukan kaedah pengajaran yang dapat menggalakkan proses interaksi.
Penyesuaian kaedah pembelajaran dapat membantu murid yang mengalami pelbagai
masalah di dalam bilik darjah. Menerusi perkembangan pendidikan terkini,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan bahan bantu mengajar sebagai
komponen penting dalam PdP setiap sekolah (KPM, 2012). Oleh hal yang demikian,
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kaedah yang dipilih boleh
mempengaruhi keberkesanan pengajarannya. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dapat memupuk minat sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat
cergas dalam aktiviti pembelajaran (Noor Erma et.al., 2014). Sumber dan bahan
pengajaran yang digunakan oleh guru perlulah menarik minat, mempunyai kreativiti
yang mantap serta dapat mengekalkan dan mengembangkan minat murid terhadap
sesuatu mata pelajaran serta menjadikan proses PdP lebih menarik dan berkesan.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Sepanjang pratikum yang lepas, ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu berlangsung, dapat diperhatikan kebanyakan murid-murid Tahun 2 dapat
membaca secara beramai-ramai. Namun demikian, ketika saya meminta murid untuk
membaca secara bersendirian, terdapat beberapa orang murid yang mempunyai
masalah bacaan dari segi sebutan dan kelancaran. Contohnya, ketika membaca murid
meninggalkan suku kata dan huruf di hadapan serta di belakang sehingga
menjejaskan makna sesuatu perkataan.


Selain itu, pengkaji mendapati apabila menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) selaras dengan pedagogi PdP tidaklah menarik sepenuh perhatian
murid untuk kekal fokus dan aktif di dalam bilik darjah ketika itu. Hal ini kerana, mereka
hanya melihat tanpa melakukan sebarang pergerakan sehingga mereka berasa bosan.

Free download pdf