KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Melalui refleksi kendiri yang pengkaji lakukan berdasarkan masalah tersebut, akhirnya
idea untuk mengaplikasikan kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna
telah dipilih bagi membantu untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran
membaca dalam kalangan murid. Pengkaji memilih kaedah yang menarik sebegini, ia
bertujuan membantu murid lebih mudah faham dan ingat cara membaca dengan betul.
Penggabungan daripada kaedah dan bahan telah menggalakkan murid menggunakan
pelbagai jenis bahan secara aktif dalam meningkatkan kefahaman berkenaan sesuatu
pembelajaran.


Justeru, pengkaji bertekad untuk menjalankan kajian mengenai kaedah pandang sebut
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca terhadap murid.
Pengumpulan Data Awal


Pengkaji menggunakan pemerhatian dan analisis dokumen untuk mendapatkan data
awal iaitu mengenal pasti murid yang lemah dalam bacaan. Daripada analisis yang
dilakukan daripada pemerhatian, terdapat murid yang masih menghadapi masalah
kemahiran membaca kerana tidak dapat membaca dengan sebutan yang jelas dan
baku serta membaca dengan tersekat-sekat. Mereka juga kurang menunjukkan sikap
yang positif sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


Melalui analisis dokumen iaitu buku latihan, keputusan ujian serta rekod prestasi murid,
pengakji mendapati tahap pencapaian akademik murid adalah hapir sama
terutamanya bagi mata pelajaran Bahas Melayu.


FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan tentang kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna yang
dilaksaakan oleh pengkaji adalah tertumpu kepada dua orang murid Tahun 2 sahaja.


Kaedah ini hanya tertumpu kepada kemahiran membaca namun, kemahiran menulis
masih diterapkan dalam aktiviti.


Ini disebabkan melalui pemerhatian beberapa minggu sebelum ini terutamanya ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, kelemahan murid amat ketara ketika
membaca ayat mudah telah membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang
dilaksanakan sebelum ini kurang berkesan.


Kemahiran membaca yang dilaksanakan oleh pengkaji sebelum ini hanya
menggunakan kaedah penerangan secara biasa sahaja dan bacaan secara mekanis
tanpa mengaitkan mana-mana kaedah dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Jadi,

Free download pdf