KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
pengkaji mendapati respon dan penglibatan murid terhadap kemahiran membaca
adalah kurang aktif kerana mereka berasa bosan dan susah.

Oleh itu, untuk menangani masalah ini daripada menjadi lebih kritikal, pengkaji telah
mengaplikasikan kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna kepada murid
untuk menarik minat mereka. Menurut Ee Ah Meng (1997), sekiranya murid berasa
seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami akan diingati dengan lebih
lama. Kaedah ini adanya unsur penggabungjalinan iaitu kemahiran membaca dan
kemahiran menulis yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna kepada murid. Tambahan pula, perkataan yang terdapat pada Kad
SuKaWarna dibezakan dengan warna hitam dan merah pada setiap suku kata.
Penggunaan warna amat sesuai bagi menarik minat dan pengekalan tahap ingatan
kognitif murid terhadap sesuatu konsep, perkara atau peristiwa (Wenndy M. Sleeth,
2009, Chen, Xu & Wattt, 2018). Melvin Chung & Hannah Fam (2018) menjelaskan
bahawa penggunaan warna yang menyerlah seperti warna merah mampu memberi
kesan yang mendalam kepada daya ingatan murid untuk lebih menghayati sesuatu
perkara.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian


Meningkatkan kemahiran membaca ayat mudah dengan menggunakan kaedah
pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna.
Soalan Kajian


Apakah kaedah pandang sebut berbantukan Kad SuKaWarna dapat meningkatkan
kemahiran membaca ayat mudah?


PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan ke atas murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tampulan.
Murid yang dipilih ini terdiri daripada 2 orang iaitu 1 orang murid lelaki dan 1 orang
murid perempuan yang lemah penguasaan dalam kemahiran membaca.

Free download pdf