masalah sebenar tidak diketahui lagi dan mengapa masalah berkenaan berlaku dalam
amalan.
Proses Pelaksanaan Kajian
Pengkaji menjalankan proses pelaksanaan berdasarkan kepada Model Lingkaran
Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988) seperti yang berikut :
Fasa Kajian Tindakan
Fasa Pertama
Membuat refleksi dan
membuat tinjauan awal
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid
semasa sesi pengajaran kemahiran membina ayat
majmuk. - Memeriksa lembaran hasil kerja murid daripada
proses pembelajaran tentang ayat majmuk.
Fasa Kedua
Merancang
- Meracang tindakan untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh murid seperti kaedah
intervensi yang ingin dilaksanakan. - Merancang objektif yang sesuai dengan masalah
yang dihadapi. - Menyediakan soalan kajian berdasarkan objektif
yang dibentuk. - Membuat instrument untuk mengumpul data
seperti ujian diagnostik dan ujian pencapaian.
Fasa Ketiga
Bertindak
Menjalankan intervensi yang telah dirancang :
i. Menjalankan ujian pra.
ii. Menjalankan intervensi Peringkat I, Peringkat
II, Peringkat III, Peringkat IV dan Peringkat V.
iii. Menjalankan ujian pasca.
Fasa Keempat
Memerhati
- Merekod hasil pemerhatian semasa ujian pra dan
ujian pasca. - Menganalisis data yang telah dikumpul untuk
menilai keberkesanan tindakan yang telah
dijalankan. - Membuat laporan berdasarkan dapatan kajian yang
diperoleh.