Jadual 7
Pasca Bacaan M1
PERKARA DAPAT^
MENGUASAI
TIDAK DAPAT
MENGUASAI
CATATAN
- Dapat memahami
maksud ayat yang
dibaca.
/
- Dapat membatangkan
perkataan yang
mengandungi suku kata.
/
- Dapat menyebut
perkataan dengan jelas
dan tepat ketika
membaca.
/
- Menggunakan intonasi
yang sesuai ketika
membaca.
/
- Dapat membaca dengan
lancar dan tidak tersekat-
sekat.
/
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan senarai semak
yang telah dibina, pengkaji mendapati terdapat peningkatan yang signifikan yang ditunjukkan
oleh peserta kajian selepas menggunakan ABM Ikut Rentakku berserta Class Dojo. Data yang
ditunjukkan pada pasca bacaan menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan dari segi
sebutan. Perkara ini dibuktikan apabila M1 berjaya menyebut setiap suku kata dengan jelas
mengikut simbol fonetik bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga peningkatan dari segi
intonasi pembacaan oleh peserta kajian yang ditunjukkan menggunakan tingkat intonasi.
Peningkatan dari segi intonasi tersebut telah membantu untuk meningkatkan lagi penguasaan
dan kelancaran membaca murid.