MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PENANDA WACANA DALAM
3(18/,6$1.$5$1*$17$+81/,0$'(1*$1³78587$13$''$. ́
MANISAH BINTI MOHD ISA
PISMP BAHASA MELAYU 2 (SK) AMBILAN JUN 2018
[email protected]
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana dalam
karangan fakta murid Tahun Lima melalui Turutan PADDAK. Di samping, membantu
memudahkan murid mengingati penanda wacana yang sesuai diaplikasikan dalam karangan
fakta. Penyelidik memilih Model Kemmis & McTaggart (1988) sebagai model dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan ini. Peserta kajian terdiri daripada lapan orang murid Tahun
Lima di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah. Penyelidik telah
menjalankan tinjauan awal terhadap peserta kajian dan mendapati bahawa peserta kajian
menghadapi masalah dalam menulis teks karangan yang mempunyai sifat kesinambungan
antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik
telah mengetengahkan satu intervensi iaitu penggunaan Turutan PADDAK dalam
mengaplikasikan penanda wacana dalam penulisan karangan fakta secara teknik ansur maju
yang melibatkan latihan berperingkat. Akronim PADDAK merupakan singkatan bagi enam
penanda wacana iaitu P (Pada masa ini), A (Antara), D (Di samping itu), D (Ditambah lagi), A
(Akhir sekali) dan K (Kesimpulannya). Penyelidikan ini menggunakan kaedah pemerhatian
berstruktur, ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan temu bual sebagai instrumen
pengumpulan data. Manakala, analisis data yang digunakan oleh penyelidik adalah kaedah
triangulasi. Hasil analisis data mendapati bahawa terdapat peningkatan yang diperolehi
selepas enam kali rawatan yang telah dijalankan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa
penggunaan Turutan PADDAK sangat berkesan dan dapat membantu peserta kajian dalam
meningkatkan penggunaan penanda wacana dalam karangan fakta Bahasa Melayu Tahun
Lima.
Kata Kunci : Penulisan, Karangan Fakta, Bahasa Melayu, Tahun Lima, Turutan PADDAK
ABSTRACT
This action research was carried out in order to improve the application of discourse markers
in the factual essays of Year Five students through the PADDAK Sequence. In addition, helping
to facilitate students in remembering appropriate discourse markers applied in factual essays.
Researchers choose the Kemmis & McTaggart (1988) Model as the model in the
implementation of this action research. The study participants consisted of eight Year Five
students in one of the national schools in Tuaran district, Sabah. Researchers have conducted
a preliminary survey of study participants and found that study participants have problems in
writing essay texts that have the nature of continuity between one paragraph with another
paragraph. To overcome this problem, researchers have highlighted an intervention that is the
use of PADDAK Sequence in applying discourse markers in writing factual essays in an
advanced compromise technique that involves staged training. The acronym PADDAK is an
abbreviation for six discourse markers namely P (Currently), A (Among), D (Besides that), D
(In addition), A (Finally) and K (Conclusion). This research uses structured observation
methods, pre and post tests, document analysis and interviews as data collection instruments.
Whereas, the data analysis used by the researchers is triangulation method. Data analysis
revealed that there was an improvement obtained after six treatments that were carried out.
The findings of this study found that the use of PADDAK Sequence is very effective and can
help study participants in improving the use of discourse markers in Malay Year Five factual
essays.
Keywords : Writing, Factual Essays, Malay Language, Year Five, PADDAK Sequence