KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

FOKUS KAJIAN


Pelaksanaan Turutan PADDAK dalam kajian ini adalah menjurus kepada meningkatkan
tahap ingatan dan penggunaan penanda wacana yang betul dalam penulisan karangan
jenis fakta supaya murid menghasilkan teks yang mempunyai sifat kesepaduan,
kesinambungan dan bermakna. Ini kerana tiada penggunaan penanda wacana dalam
penulisan karangan murid. Buktinya, hasil ujian pra yang dilaksanakan, didapati bahawa
isu tersebut sememangnya merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh murid Tahun
Lima. Penghasilan Turutan PADDAK adalah selaras dengan tuntutan yang digariskan
dalam Standard Kandungan (SK) 3.3 menghasilkan penulisan dan khususnya pada
Standard Pembelajaran (SP) 3.3.1 mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan
tidak berformat seperti yang terdapat dalam DSKP BM Tahun 5. Secara keseluruhannya,
intervensi Turutan PADDAK adalah berdasarkan dorongan oleh beberapa asas yang utuh
sebagai usaha untuk membantu memudahkan murid mengingati penanda wacana dalam
menghasilkan penulisan karangan fakta dengan baik. Intihanya, dengan bantuan Turutan
PADDAK, murid lebih mudah mengaplikasikan penanda wacana dalam penulisan
karangan jenis fakta.


OBJEKTIF KAJIAN


x Menghuraikan cara murid dapat mengingati enam penanda wacana yang betul
dengan menggunakan Turutan PADDAK dalam penulisan karangan jenis fakta.

SOALAN KAJIAN


x Bagaimanakah murid dapat mengingati enam penanda wacana yang betul dengan
menggunakan Turutan PADDAK dalam penulisan karangan jenis fakta?

PESERTA KAJIAN


Peserta kajian terdiri daripada lapan orang murid iaitu tiga lelaki dan lima perempuan yang
berbeza bangsa. Peserta kajian adalah daripada pelbagai tahap prestasi akademik iaitu
baik dan sederhana, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, semua
peserta kajian adalah murid aliran perdana dan berkebolehan untuk membaca serta
menulis.

Free download pdf