Sehubungan itu, penyelidik melaksanakan enam intervensi iaitu latihan
berperingkat semasa sesi PdP terhadap peserta kajian selama tiga minggu, bermula pada
23 Mac 2021 sehingga 16 April 2021.
Jadual 2
Langkah-Langkah Pelaksanaan Tindakan
LANGKAH HURAIAN AKTIVITI PELAKSANAAN INTERVENSI
Pemerhatian Sebelum melaksanakan intervensi dan ujian pra.
Pernyataan mengenai pengetahuan peserta kajian tentang
karangan fakta dan penggunaan penanda wacana.
Ujian Pra Mengesan tahap keupayaan peserta kajian mengaplikasi
penanda wacana dalam penulisan karangan jenis fakta.
Dijalankan terhadap murid Tahun Lima seramai 13 orang.
Intervensi 1 Meminta peserta kajian mengenalpasti penanda wacana
berdasarkan artikel yang diberi.
Peserta kajian menyenaraikan penanda wacana yang
telah dikenalpasti dan tandakan (/) perenggan yang
menggunakan penanda wacana itu.
Intervensi 2
Memperkenalkan Turutan PADDAK menggunakan slaid
PowerPoint.
Peserta kajian melengkapkan Jadual Turutan PADDAK
dengan susunan yang betul.
Peserta kajian membulatkan perenggan yang
menggunakan penanda wacana tersebut.
P
A
D
D
Pada masa ini, (perenggan pendahuluan)
Antara (perenggan isi 1)
Di samping itu, (perenggan isi 2)
Ditambah lagi, (perenggan isi 3)
A
K
Akhir sekali, (perenggan isi 4)
Kesimpulannya, (perenggan penutup)
MINGGU 3