triangulasi dalam menganalis data. Kaedah ini lebih teratur dan tersusun kerana mengikut
urutan, di mana data dianalisis melalui penilaian sebelum dan selepas penggunaan
Turutan PADDAK.
DAPATAN KAJIAN
Bagaimanakah murid dapat mengingati enam penanda wacana yang betul dengan
menggunakan Turutan PADDAK dalam penulisan karangan jenis fakta?
Instrumen yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan data bagi menjawab
soalan kajian ini adalah menerusi analisis data intervensi iaitu enam latihan berperingkat
berlandaskan konsep soalan yang hampir sama bagi meningkatkan keupayaan
mengingat murid Tahun Lima terhadap enam penanda wacana yang betul berdasarkan
Turutan PADDAK. Hal ini demikian kerana, kaedah bacaan berulang memerlukan
kanak-kanak untuk membaca semula petikan teks berulang kali untuk satu tempoh masa
tertentu atau sehingga kriteria kelancaran telah dipenuhi (Musti-Rao, Hawkins & Barkley,
2009; Reutzal dan Cooter, 2005). Oleh itu, membaca secara berulang bukan sahaja
membantu kanak-kanak memperbaiki pencapaian pemahaman, malah dapat
mempertingkatkan kosa kata, dan pembacaan lisan. Sehubungan itu, apabila murid
berulang kali menyenaraikan enam penanda wacana berdasarkan Turutan PADDAK
semasa menjawab latihan yang diberi sebanyak enam kali, secara tidak langsung
kefahaman murid mengenai penanda wacana berdasarkan Turutan PADDAK dapat
ditingkatkan, sekali gus menyebabkan ingatan mereka terhadap enam penanda wacana
ini meningkat. Penggunaan Turutan PADDAK secara berulang kali telah membantu murid
Tahun Lima untuk mengingati enam penanda wacana yang boleh diaplikasikan dalam
penulisan karangan fakta.
a. Analisis Dokumen Intervensi (Latihan Berperingkat)
Pada peringkat awal pelaksanaan tindakan menerusi latihan berperingkat, penyelidik
mendapati bahawa terdapat beberapa peserta kajian yang masih tidak dapat mengingati
enam penanda wacana yang betul dengan menggunakan Turutan PADDAK dalam
penulisan karangan jenis fakta. Berikut merupakan hasil kerja peserta kajian semasa
minggu kedua pelaksanaan tindakan berdasarkan intervensi ketiga.