Rajah 1 : Hasil Kerja PK2 dan PK3 Berdasarkan Intervensi 3
Rajah 1 menunjukkan bahawa dalam kalangan lapan orang peserta kajian, terdapat dua
orang peserta kajian yang masih mengalami masalah untuk mengingati enam penanda
wacana yang betul berdasarkan Turutan PADDAK. Misalnya, berdasarkan hasil kerja PK2
seperti dalam Rajah, penyelidik mendapati bahawa PK2 menggunakan perkataan kata
KXEXQJ LDLWX μGDQ¶ μVHUWD¶ pada awal ayat perenggan ketiga dan keempat. Hal ini
membuktikan bahawa PK2 masih tidak mahir menggunakan penanda wacana yang betul
berdasarkan Turutan PADDAK.
Manakala, berdasarkan hasil kerja PK3 pula, terdapat penggunaan kata bilangan
iaitu perkataan μNHGXD¶ dan μNHWLJD¶ pada permulaan ayat bagi perenggan ketiga serta
keempat. Hal ini menunjukkan bahawa PK3 tidak menggunakan penanda wacana yang
telah diberikan berdasarkan Turutan PADDAK dengan betul. Penyelidik mendapati,
kesalahan ini berlaku berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis
karangan fakta dan kurangnya kefahaman terhadap fungsi penanda wacana dalam
karangan fakta. Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana yang
betul adalah berkait rapat dengan kriteria penggunaan kosa kata yang luas dalam
karangan fakta. Sehubungan itu, penggunaan bahasa yang betul dan berkesan dapat
memantapkan hasil penulisan karangan fakta peserta kajian selain dapat membuat
perkaitan yang lebih tepat antara perenggan dengan perenggan.
Walau bagaimanapun, setelah lima pelaksanaan intervensi, berlaku peningkatan
terhadap keupayaan murid untuk mengingati enam penanda wacana yang betul