Jadual 4
Analisis Temu Bual Peserta Kajian Bagi Soalan Kajian 1
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 1
(Adakah penggunaan Turutan PADDAK
dapat membantu memudahkan anda
mengingati enam penanda wacana?)
Tema
Kod
PK1 ,\DFLNJX«VDQJDWPHPEDQWX Sangat membantu S1P1
PK2 Membantu cikgu Membantu S1P1
PK3 Saya rasa senang jak mau ingat penanda
wacana ni
Senang S1P1
PK4 Sangat okay cikgu Sangat okay S1P1
PK5 Macam saya boleh suda ni cikgu Boleh suda S1P1
PK6 (UPP«VD\DUDVDRND\MDNFLNJX Okay jak S1P1
PK7 Membantu sangat cikgu Membantu sangat S1P1
PK8 PADDAK, senang jak mau ingat cikgu Senang jak S1P1
Berdasarkan jadual 4, didapati kesemua peserta kajian memberikan respon
mengikut pola 1 di mana mereka berpendapat bahawa penggunaan Turutan PADDAK
sangat membantu memudahkan mereka untuk mengingati enam penanda wacana yang
betul dan boleh diaplikasikan dalam penulisan karangan fakta. Hal ini membuktikan
bahawa intervensi berdasarkan Turutan PADDAK mampu membantu peserta kajian
meningkatkan tahap keupayaan mereka untuk menggunakan enam penanda wacana
bagi setiap permulaan perenggan dalam karangan fakta dengan mudah. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa penggunaan Turutan PADDAK ini membuktikan soalan kajian
1 dapat dijawab sepenuhnya melalui kaedah temu bual dan diperkukuhkan lagi melalui
analisis dokumen serta pemerhatian berstruktur.