KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

REFLEKSI


Penggunaan Turutan PADDAK ini sememangnya membantu peserta kajian dalam
meningkatkan kemahiran menulis karangan agar menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Penyelidik menganggap ini merupakan salah satu anjakan dan dorongan kepada
penyelidik untuk sentiasa mempersiapkan diri dalam menyelesaikan masalah
pembelajaran murid pada masa akan datang ketika sudah bergelar pendidik yang
menjalankan tanggungjawab dalam alam pendidikan yang sebenar di sekolah.
Sehubungan itu, harapan penyelidik lagi sebagai seorang penyelidik yang baru sahaja
melaksanakan kajian, agar kajian yang telah dilaksanakan ini akan dapat memberi kesan
bukan sahaja pada murid, malah terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran guru di
sekolah.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Hasil dapatan daripada analisis kajian yang telah dijalankan dan setelah membuat refleksi
keseluruhan, penyelidik mendapati hasil yang memuaskan telah dicapai melalui
pelaksanaan kajian ini. Namun begitu, untuk tujuan penambahbaikan perancangan
semula untuk gelung yang kedua masih perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi
pengetahuan peserta kajian tentang penggunaan penanda wacana dalam penulisan
karangan fakta. Gelung pertama yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membina
pengetahuan asas berkaitan dengan penanda wacana pada permulaan setiap perenggan
sahaja. Oleh itu, Turutan PADDAK dilaksanakan bagi mendedahkan peserta kajian
kepada penggunaan penanda wacana untuk memulakan ayat bagi setiap perenggan
sahaja dalam karangan fakta. Makanya, bagi cadangan kajian seterusnya, penyelidik
mencadangkan untuk memberi penekanan kepada jenis-jenis penanda wacana yang lain
seperti penanda wacana untuk menghurai isi dan memberikan contoh untuk diaplikasikan
dalam karangan fakta.

Free download pdf