i. Mereflek
3DGDSHULQJNDW³0HUHIOHN ́SHQJNDMLWHODKPHQJHQDOSDVWLPDVDODK\DQJGLKDGDSL oleh murid-
murid semasa sesi PdPR melalui lembaran tugasan yang telah diberikan sewaktu sesi
bersemuka melalui pelantar Google Meet. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid
mengalami masalah terhadap kemahiran menulis ayat tunggal yang gramatis. Rajah 5.0 (a)
menunjukkan antara hasil penulisan ayat tunggal murid yang tidak gramatis.
Rajah 5.0 (a) Hasil Penulisan Ayat Tunggal Murid, M1
ii. Merancang
Melalui fasa ³0HUDQFDQJ ́ pengkaji telah merancang tindakan untuk menyelesaikan masalah
menulis ayat tunggal yang gramatis. Pengkaji merancang objektif kajian yang sesuai, serta
menyediakan soalan kajian yang bertepatan dengan masalah yang dihadapi. Instrumen yang
bersesuaian seperti ujian pra dan ujian pasca dipilih bagi mendapatkan data yang tepat.