iv. Memerhati
Pada fasa yang terakhir, pengkaji mengumpul semua instrumen yang berjaya direkod untuk
dianalisis ke dalam pelaporan. Pengkaji menganalisis data yang telah dikumpul untuk menilai
pencapaian murid terhadap tindakan yang telah dilaksanakan. Pelaporan kajian yang penuh
ditulis pada peringkat ³0HPHUKDWL ́
DAPATAN KAJIAN
Instrumen yang digunakan bagi menganalisis dokumen iaitu analisis kualitatif, ujian
bertulis, pemerhatian dan juga temu bual. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik
GeraVisio dan pengaplikasian BBB VidAniPen mampu meningkatkan penguasaan murid tahun
empat terhadap kemahiran menulis ayat tunggal yang gramatis.
i. Ujian Perbandingan (Ujian Pra dan Ujian Pasca)
Perbandingan hasil pencapaian ujian pra dan ujian pasca murid ditunjukkan melalui Rajah 6.0
(a). Dua orang murid iaitu M2 dan M3 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 83%
manakala seorang murid iaitu M1 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 100%. Perkara
ini membuktikan bahawa semua murid telah mengalami peningkatan dalam markah ujian yang
telah diberikan selepas pengkaji mengaplikasikan teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen
semasa PdPR khususnya bagi topik pembinaan ayat tunggal. Berdasarkan Jadual 6.0 (a),
terdapat seorang murid yang menunjukkan peningkatan peratus pencapaian pasca
berbanding ujian pra sebanyak 100% manakala dua orang murid lagi telah menunjukkan
peratus peningkatan sebanyak 83% dalam ujian pasca.