KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
TEKNIK SIBATAPA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Norfaiz bin Nordin, Zainab binti Hashim
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 dalam membina
ayat majmuk menggunakan teknik SiBaTaPA. Teknik SiBaTaPA iaitu (Siapa+Buat apa+
Tempat apa+Penerangan+Apa) mengetengahkan formula khusus di dalam sebuah jadual dan
mempunyai lima kolum yang mengandungi soalan bertujuan untuk membantu murid
mengembangkan idea dengan lebih mudah semasa membina ayat. Kajian ini telah
dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Seramai 5 orang murid iaitu empat
orang lelaki dan seorang perempuan yang berbeza tahap pencapaian akademiknya telah
dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal yang dilakukan melalui Ujian Pra
menunjukkan murid-murid tidak dapat membina ayat majmuk dengan baik. Justeru satu
tindakan yang berfokus untuk membantu murid meningkatkan kemahiran murid dalam
membina ayat majmuk dalam Bahasa Melayu ini telah diambil iaitu dengan memperkenalkan
teknik SiBaTaPA. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan model Kurt Lewin (1948) di mana kajian
ini melibatkan empat proses utama iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bagi
menilai keberkesanan teknik SiBaTaPA ini, pengkaji telah memilih tiga kaedah pengumpulan
data iaitu melalui ujian penilaian (Ujian Pra dan Pos), analisis dokumen dan soal selidik.
Berdasarkan ujian Pos, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam membina ayat
majmuk dengan baik, Kesimpulannya, teknik SiBaTaPA ini dapat membantu murid dalam
meningkatkan keupayaan mereka membina ayat majmuk.


Kata kunci: Teknik SiBaTaPA, formula khusus, kemahiran membina ayat,


ABSTRACT

This study was conducted to improve the skills of Year 5 students in constructing compound
sentences using the SiBaTaPA technique. The SiBaTaPA technique (Who+Do what+Place
what+Description+What) highlights specific formulas in a table and has five columns containing
questions intended to help students develop ideas more easily while constructing sentences.
This study was conducted in a school in the district of Tuaran, Sabah. A total of 5 students,
namely four boys and one girl with different levels of academic achievement were selected as
the study sample. The results of the initial survey conducted through the Pre-Test showed that
the students were not able to construct compound sentences well. Therefore, an action that
focuses on helping students improve students' skills in constructing compound sentences in
Malay has been taken by introducing the SiBaTaPA technique. This study was implemented
based on the model of Kurt Lewin (1948) where this study involves four main processes namely
planning, action, observation and reflection. To evaluate the effectiveness of this SiBaTaPA
technique, researchers have chosen three methods of data collection, namely through
evaluation tests (Pre and Post Test), document analysis and questionnaires. Based on the Pos
test, all study participants showed improvement in constructing compound sentences well, In
conclusion, this SiBaTaPA technique can help students in improving their ability to construct
compound sentences.


Keywords: SiBaTaPA technique, special formulas, sentence construction skills

Free download pdf