DAPATAN KAJIANBagi bab ini, pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian seterusnya menjawab
soalan kajian.
Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk
mengembangkan idea bagi membina ayat yang gramatis?
Bagi menjawab soalan kajian di atas, pengkaji menggunakan hasil peningkatan
markah peserta kajian dari Ujian Pra hingga ke Ujian Pos. Ujian Pra dan Ujian Pos ini
ini telah dianalisis dan keseluruhan peserta kajian menunjukkan peningkatan markah
yang sangat baik. Melalui dapatan markah peserta kajian daripada Ujian Pra, pengkaji
dapat mengenal pasti tiga tahap penguasaan murid iaitu tahap minimum, kurang
memuaskan dan juga memuaskan. Namun begitu, tahap pencapaian markah bagi
kelima-lima peserta kajian berubah dan meningkat kepada cemerlang. Hal ini
membuktikan bahawa murid dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk
mengembangkan idea bagi membina ayat gramatis.
Jadual 2 Analisis Ujian Pra dan Pos Peserta KajianPeserta
KajianMarkah
Ujian Pra
(%)Tahap
PenguasaanMarkah
Ujian Pos
(%)Peningkatan
Markah (%)Tahap
PenguasaanA 16 Tahap
Minimum100 84CemerlangB 25 Kurang
Memuaskan100 75
C 33 100 67
D 41 Memuaskan 100 59
E 50 100 50
Purata Ujian Pra (%) 40
Purata Ujian Pos (%) 100
Peningkatan Purata (%) 60Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos, PK A telah meningkat daripada tahap
minimum hingga ke cemerlang. Manakala PK B dan C pula telah meningkat daripada
kurang memuaskan kepada cemerlang. Seterusnya, PK D dan PK E juga telah
meningkat pencapaiannya daripada memuaskan kepada cemerlang. Oleh itu, hal ini