Berdasarkan analisis markah purata peserta kajian bagi kesemua latihan, hal
ini menunjukkan bahawa teknik SiBaTaPA dapat diaplikasikan oleh peserta kajian
dengan berkesan. Pengkaji telah membimbing setiap peserta kajian daripada latihan
pertama sehingga latihan kelima. Buktinya, pada setiap latihan yang dijalankan,
purata markah peserta kajian semakin meningkat.
Selain itu, hasil dapatan analisis soal selidik daripada peserta kajian
menunjukkan bahawa intervensi teknik SiBaTaPA dapat mencapai objektif kajian.
Kebanyakan peserta sangat setuju dengan kelapan-lapan item yang dinyatakan dalam
soal selidik. Daripada item pertama hingga item kelapan, soal selidik ini membuktikan
bahawa intervensi teknik SiBaTaPA dapat meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk dalam kalangan murid Tahun 5. Peserta kajian juga sangat bersetuju untuk
mengaplikasikan teknik SiBaTaPA dalam latihan dan ujian akan datang yang
memerlukan mereka membina ayat. Di bawah merupakan analisis secara terperinci:
Jadual 3 Analisis keseluruhan soal selidik peserta kajian
Kod
Item
Peserta Kajian Peratus Bilangan Peserta Kajian (%)
A B C D E Sangat
Tidak
Setuju
(1)
Tidak
Setuju
(2)
Tidak
Pasti
(3)
Setuju
(4)
Sangat
Setuju
(5)
S1 4 4 5 5 5 - - - 40 60
S2 4 5 5 5 5 - - - 20 80
S3 5 5 5 5 5 - - - - 100
P4 5 5 4` 5 3 - - 20 20 60
P5 4 5 5 4 5 - - - 40 60
S6 5 5 4 5 5 - - - 20 80
S7 5 5 5 4 4 - - - 40 60
S8 5 4 4 3 5 - - 20 40 40
REFLEKSI
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selepas pengkaji mengenal pasti
masalah murid tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran yang tidak
dapat membina ayat majmuk dengan gramatis. Hal ini merangkumi masalah murid
yang tidak dapat mengembangkan idea dan juga penggunaan struktur ayat yang salah