semasa membina ayat. Oleh itu, pengkaji telah mencipta teknik SiBaTaPA bagi
mengatasi masalah tersebut. Setelah kajian dijalankan untuk menguji keberkesanan
teknik SiBaTaPA kepada murid tahun 5 , ternyata banyak perubahan positif yang dapat
diperhatikan terutama dari segi peningkatan pencapaian murid. Pengkaji telah
menggunakan tiga instrumen bagi tujuan pengumpulan dan penganalisian data iaitu
Ujian Pra dan Ujian Pos, analisis dokumen dan soal selidik yang menjadi bukti bagi
menjawab persoalan kajian yang dijalankan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah melaksanakan intervensi, pengkaji telah menganalisis setiap lembaran
kerja dan latihan peserta kajian. Melalui analisis tersebut, pengkaji mendapati murid
tidak dapat menggunakan kata kerja dengan sepenuhnya. Pengkaji bercadang untuk
menambah lagi satu kolum berkaitan frasa sendi nama sebagai keterangan kepada
frasa kerja. Oleh itu, pengkaji mencadangkan penggunaan unsur keterangan dalam
frasa kerja. Unsur keterangan dalam frasa kerja ini juga berfungsi sebagai frasa
adverba. Dalam ayat susunan biasa, unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Oleh
LWXSHQJNDMLPHQFDGDQJNDQXQWXNPHQJJXQDNDQIUDVDVHQGLQDPD³GHQJDQ ́XQWXN
diletakkan pada sebelah kanan kolum frasa kerja. Frasa sendi nama ini wujud sebagai
unsur keterangan kepada frasa kerja. Oleh itu, teknik SiBaTaPA boleh ditambah baik
menjadi SiBaDaTaPA iaitu Siapa?+Buat apa?+Dengan apa?+Tempat
apa+Penerangan+Apa? bagi meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam
kalangan murid Tahun 5.
Selain itu, pengkaji juga bercadang untuk meletakkan huruf besar pada kolum
pertama dan taQGDEDFDQRNWDKSDGDNROXP\DQJNHOLPDLDLWXNROXP³$SD" ́+DOLQL
kerana murid perlu mempunyai panduan dan juga disertakan latih tubi yang berterusan
supaya tidak lupa untuk menggunakan tanda baca dengan betul. Oleh itu, cadangan
ini boleh ditambah pada teknik SiBaTaPA bagi mengurangkan kesalahan penggunaan
tanda baca semasa membina ayat dalam kalangan murid Tahun 5. Rajah berikut
merupakan cadangan penambahbaikan terhadap teknik SiBaTaPA.
RUJUKAN
A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik
Yusof, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Membina ayat
EHUGDVDUNDQ JUDILN GHQJDQ 7HNQLN μ6$/$.¶ Kertas kerja Seminar