KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGGUNAAN KIUB OKOSK-TerMeDi DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN
MEMBINA AYAT PASIF DIRI KETIGA MURID TAHUN LIMA
Oleh
Alia Shazlyn Binti Mustafa
Dr Effendy bin Yusuff


Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat pasif diri ketiga
menggunakan Kiub OKOSK-TERMEDI kepada murid Tahun 5 yang mempunyai masalah
menukarkan ayat aktif diri ketiga kepada ayat pasif diri ketiga dengan betul. Bahan ini
mengintegrasikan beberapa asas yang utuh dalam penghasilannya termasuklah aspek rumus,
warna dan BBM yang maujud. Pengintegrasian kesemua aspek ini dizahirkan pada sebuah
kiub yang dinamakan sebagai Kiub OKOSK-TerMeDi. Kajian ini dilaksanakan di sebuah
sekolah di daerah Tuaran dan memfokuskan kepada 3 orang murid yang telah dikenalpasti
mempunyai masalah dalam membina ayat pasif diri ketiga dengan betul. Kajian ini adalah
merujuk dan diaplikasikan menggunakan Model Kurt Lewin (1946). Hasil daripada
pelaksanaan penggunaan Kiub OKOSK-TerMeDi kepada ketiga-tiga murid menunjukkan
bahawa berlaku peningkatan dalam kemahiran menulis ayat pasif diri ketiga. Perkara ini dapat
dibuktikan melalui 3 instrumen utama yang telah saya gunakan iaitu analisis dokumen,
pemerhatian (borang senarai semak pemerhatian) serta ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan
hasil analisis dapatan kajian ini, penggunaan Kiub OKOSK-TerMeDi telah meningkatkan
penguasaan murid untuk membina ayat pasif diri ketiga dengan betul.
Kata Kunci: kiub OKOSK-TerMeDi, ayat pasif diri ketiga, murid tahun 5, kemahiran menulis
ABSTRACT
This study aimed to improve the writing skills of third-person passive voice using the
OKOSKTerMeDi Cube towards Year 5 students whom having difficulties converting third-
person active voice to third-person passive voice in a correct way. This teaching aid is
integrating with some supportive bases which include the aspect the of using formula, colors
and a real-life teaching aid. The integrating of all aspects was then revealed on a cube design
aid that were named as OKOSK-TerMeDi. This study was conducted at a school in Tuaran
and focused towards 3 students which has been identified having difficulties in writing third-
person passive voice in a correct way. This study referred and applies Kurt Lewin (1946)
research models. The results from the implementation of OKOSK-TerMeDi Cube towards the
students shows that this aid can really enhance their writing skills of third-persons passive.
This was proven using 3 main instruments that I used in this study which are document
analysis, observation (observation questionnaire form) and pre and post test.
Keywords: OKOSK-TerMedi cube, third-person passive voice, year 5 students, writing skills
Free download pdf